Monday, July 24, 2017

In the middle

Tersepit betul perasaan sekarang. Lagi-lagi hati macam lalang. Sekejap begitu. Sekejap begini.

Asalnya berhenti kerja ni ada 1 objective utama - ANAK.

Baru pindah & duduk sekali dengan husband sebulan lebih, kami diuji dengan kemalangan kecil yang menimpa suami. Syukur hanya pergelangan tangannya yang broken sikit. Tapi apakah hint Allah bagi teguran ni?

Knowing that the MC granted to my husband which is 2 weeks currently might be unpaid, my parent begin to worry about the decision I have made earlier - QUIT WORKING. Tapi it has happened. Hence they worry about how this going to effect me and kids.

What if sesuatu yang buruk (nauzubillaiminzalikh) terjadi kepada breadwinner of the family? What do you left with? What about your kids? Apa persediaan? 

Banyak sungguh persoalan yang bermain di benak kepala. 

Ah kenapa difikir & dirisaukan benda yang what if. 

Apa-apa yang berlaku ni adalah dengan izin Allah. Izin Allah. Izin Allah.

So sekarang? Marilah kita redha akan ujian yang Allah berikan. 

Anak-anak tetap keutamaan.

Semoga Allah cekalkan hati ini. 

Bukan 3-4 dah ni didesak ahli keluarga untuk berkerja semula.

Anak yang baby baru 6 bulan menyusu penuh. 

Yang sulung baru diambil secara mutlak untuk dijaga full time setelah 2 tahun dijaga part time & long distance oleh ahli keluarga.

Boleh tak bagi aku nikmati saat besarkan anak sendiri. 

Ya Allah tunjukkan lah kami jalan yang benar. 

Aku tak mahu menderhakai/mengecewakan ahli keluarga tapi pada masa yang sama tak mahu juga menidakkan arahan suami.

YaAllah permudahkanlah urusan kami.

Sunday, July 02, 2017

.

Tujuan aku berhenti kerja adalah untuk anak-anakku.
Bantulah aku supaya aku boleh beri yang terbaik untuk mereka ya Allah.


Thank you

I would like to express my gratitute and high appreciation to my dear parent abah and ma for helping me pass by this move. A 1st move before my new chapter.

Alhamdulillah selesai move out from Subang. Barang semua hantar rumah parent. 

Thank you abah especially tolong commute us to TGG-Subang-TGG. Tolong banyak angkat & packing up our stuff. Tak terucap terima kasih banyak2.

Long way to go. Banyak lagi benda nak kena settle.

1) Move out from Szb (ticked)
2) Settle pasal kereta 
3) Last month notice/working
4) Meeting the ortho/specialist for hubby
5) Settle pasal motor
6) Settle nak move out to JB

and

I have missplaced my spec 😅

What a long day. Untill next time. Da..


Sunday, April 23, 2017

New chapter

Bismillah..

Tanggal 20.4.2017 I have officially step down from  AmBank after almost 7 years of remarkable journey of my career.

To come with this decision, I have gave it deep details and rational thought about it. 

So what you do now? My answer will be 

"Everything that it takes to become a better muslimah, wife, mommy, daughter & community"

In other word, I would love to be called as Working At Home Mom instead of 'tak kerja', and 'jaga anak je'.

For me to jump into this position, actually banyak benda jugak yang cross into my  consideration. Ada yang negative ada yang positive. 

Nak kata my husband is so kaya well employed and super rich bread winner pun tidaklah jugak. Now kitaorang just stand with "Biarlah tak mewah asal susah senang sama2". We hope to end our long distance relationship so soon after 1 year plus. PJJ is really not easy to us. 

Hence, I hope boleh update my blog consistently sharing my WAHM routine. 

"Every journey has a tunnel. No matter how dark or thick the barriers we might face, there always be a light at the end of it" 

Semoga Allah mudahkan perjalanan ini.

Regards
Mak Dena & Lili.

Mak yang berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada keluarga kecilnya.

Saturday, February 04, 2017

Pantang

Penatnya pantang kali ni.

Tak cukup tidur.

Anak suka pitstop R&R during nursing. Nursing kejap kejap lepastu pura-pura kenyang and tertidur. Lepas burp nak susu lagi. And all cycle repeat again. Lepastu everytime lepas nursing dia nak lena atas orang. Even seminit duk atas riba pun jadi. Nak jugak lena dalam pelukan atau riba orang. Kalau tak, tak benti "ek" "ek" dia 😅. Lepas tu bila letak atas bed dia, sepantas suis lampu mata dia ON balik. Disusuli bunyi "ek ek", and she is back on my lap, and hugs. Sampai tidur. Kadang2, she request nak put nipple dalam mulut even she just suck like 2-3 times saje before doze off. And the process repeat again sampai she really sleep for real. Jenuh mak ni berzikir and berdikir especially time dia bangun nyusu before subuh tu. Ya rabbi ngantuknya. Lepas subuh close to 7am camtu is waktu I paling tak larat nk bangun nyusu burp and basuh poo dia. Macam ada batu dalam kepala and atas mata. Aduhai.

Tuhan betul-betul nak aku ingat pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya.

Allahuakbar. 

Ma, I love you. Terima kasih sebab jaga me dari kecik sampai tua dah ada anak ni pun ma tolong jaga jugak. Semoga orang boleh berbakti lebih lagi kat ma.

Dulu time anak sulung pun penat tapi lain sikit. Badan pun lebih gagah dan cepat sado dan sehat berbanding kali ni semuanya lebih sakit dan lembik. Plus kali ni betul2 nekad untuk direct feed. Masa time Dena dulu x direct sangat sebab dia xreti latch and me also kurang ilmu. This time memang nekad nk direct latch no bottle dah. Sebab exclusive pumping sangat troublesome and memenatkan emosi dan mental dan fizikal. Oh rupanya direct feed pun penat jugak. Tak ada jalan pintas nak besarkan anak pakai tangan sendiri. Lagi satu tanda tuhan nak ingatkan pengorbanan seorang ibu agaknya. 

Belum cerita lagi issue miss B yang swell dan sakit. Terpaksa pump out jugak sebab sakit oh. Plus fast flow sangat bila Miss B swell tu pun tak elok for baby. 

Ok nanti sambung baby nak susu.


Monday, January 16, 2017

2017

Hello!

Baru pasan last update of my entry was in Jan 2016. Means almost 1 year till new update. :P

Please blame instagram for the excuse. Lols.

Since I am currently on looong leave, I hope I can restart again updating because I have so much to say!

See you in a bit.

xoxo

Sunday, January 03, 2016

2016

Hi selamat tahun baru 2016.

2015 passed by so quick.

So much bitter sweet.

So in 2016 what do I expect?

2016 is tahun untuk bekerja keras.

Maklumlah bukan orang senang.

Everything has price to pay for.

Semoga kuat & happy salu :)

Friday, October 16, 2015

...

Husband ajak balik kampung.

At first I said no sebab macam nak rehat lagipun raya haji 2 minggu lepas baru balik Kuala Kangsar/Perlis.

Suddenly I changed my mind. Biarlah dia jumpa mak dia. Aku yang dapat pahala nanti. Sebab mak dia syurga dia. 

Aku pesan kat dia barang-barang untuk dia packing since masa aku decide to allow us balik kampung aku dah kat office. So he has to pack and aku balik kerja nanti terus gerak balik kampung.

Gerak dari KL pick up aku kt office dalam pukul 5.15pm. Jem. Isi minyak kat Petronas Jln Duta. Aku saja cakap nak air Chatime sebab ada jual situ. Saja ja cakap, tak beli pun xapa. Sekali dia beli. Peliknya kosong je dalam air tu. Dia tak tahu ke aku selama beli chatime tak pernah aku tak add bubble tu. Suke tau. Selama aku beli sebelum ni dia tak perasan ke yang aku order is tak pernah selain horlick. Tapi dia order hazelnut choc. Aku sentap. Malas aku nak bebel. Even at last habis jugak aku bedal. Well , dahaga kot 2.5 hours journey. Lols

Sampai Kole Kangsar dah 8.36pm. Dena ok je all the way sebabnya dia tidur je selepas sakan ngamok. Aku buka beg baju nak mandi and bersihkan diri. Kecewa lagi. Aku ada text husband apa yang perlu dia pack. Tapi macam so not in order. Haih. Geramnya.

Lagi geram bila nappy balm anak aku dia tak bawa jugak. Bila aku tanya kat mana dia kata aku tak pesan. Aku check balik msg terang-terang aku type nappy balm suruh bawa. Haih.

Rasa nak mogok. 

Tapi aku masih sabar ingatkan diri. 

Kita merancang, tuhan yang menentukan.

Masih ingat bait lagu Faizal Tahir "Kau dan aku mungkin tak sempurna"

Aiceh. So aku tengah cool kan diri ni.

Aku pun banyak tak mampu penuhi apa dia nak atau apa dia perlu mungkin di luar sedar aku.

Macamana aku cool kan keadaan ni aku harap dia pun cool kan jugak dengan aku.

Kita kan memang tak sempurna.

Wednesday, August 19, 2015

Anak jatuh katil

2 kali oke.

2 kali.

Both - was under my laki's custodian. Dia tak sengaja tercuai. 

Tak sanggup nak recap. Telur atas dahi. Tears & pain. 

Kalau cikta mengamuk, aku tak sempat nak mengamuk. Risau tak sangga. 

Nasib baik Dena ok 😓.

Syukur.


Aku pun pernah jugak tercuai.

Dena slipped masa mandikan dia. Nasib baik xkuat sangat. Xda bengkak. Nangis kejap ja.

Bila teringat, rasa bersalah sangat. What kind of mak aku ni.

Syukurlah. Dena sehat ja sampai hari ni.

Parenting for first time is tough 😁

Wednesday, August 12, 2015

Hidup

I am wife with needs.

Needs.

But my husband sometime dont know how to read me.

Yes of course.

I did not married to angel.

Dissappointed. 

#moodmerajuk 

:'(


Sunday, August 09, 2015

Laki aku suweet



Tada. Masak-masak harini.

Ketam masak kari tu memang laki aku yang buat. Kalau ada ketam je memang atas ketam ada nama dia untuk in charge. Muahaha. Sebab den xreti siang ketam & ketuk2 bagai. Makan dia den terror. 

The rest mestilah aii masak. Biasalah yang simple ala pejam mata ko je. So saja harini nak tulis pasal bila suami kesayangan masak. Semoga satu hari nanti bila dah tua bangat and baca semula cerita ni akan tersenyum sampai nampak gigi yang dah luruh dek umur (andai dipanjangkan umur). Hehe. InsyaAllah

Actually bila laki kita masak kita ni sebenarnya rasa suweeet sangat kau. Apatah lagi bila kita share status kat facebook macamni:

Pergh memang penuj duk like lepastu duk cakap laki aku suweet ala gula kapas gitu. Muahaha

Meh akak nak cerita sikit bila laki akak masak. Rasa apa? Bahagia ada jugak. Selain tu ada rasa berbulu-bulu-bulu dan geram je kan. Eh why?

Laki tengah masak. Aku basuh pinggan bekas periuk dalam sinki so faham-faham je tangan comot dengan sabun. Tapi laki aku dia bila masak dia rasa dia chef yang akulah helper nya tau. Tengah-tengah aku basuh pinggan dia bukan main lagi:

"amikkan senduk tu jap"

"amikkan bekas tu jap"

"mana penutup ni eh"

"mana lesung batu?"

Haha. Sabarkan dan layankan saja. Berbulu-bulu-bulu tak?

Actually yang tu macam boleh tahan lagi. At least kalau aku dah tahap takleh blah annoying dgn dia aku duk depan tv je. Tak hendaklah jadi assistance dia. Kita tengah kupas bawang pun dia boleh bising suruh carikan penutup periuk. Semua benda tak jumpa. Macam besaq sgt ja dapuq bujang cheq tu.

Tapi yang tak leh tahan lepas dia masak tu. Walaupun masak sejenis lauk saja dia rasa lepas masak tu dia puas hati bangat dan perlukan rehat secukupnya. Maka pinggan bekas yang dipakai dalam proses memasak tadi cheq la yang basuh. Hak ni cheq nak nangis. Hahaha. Mula-mula geram jugak tapi amik hak positif ja. Dia lelaki yang jarang duk dapuq so jangan nak harap sgt dia buat kerja2 pompuan ni. Dia dah masak pun kira baguih dah tu. Hehe

Kesimpulannya kadang-kadang bila dia request nak masak cheq habaq kat dia: eh xyahla bang. Jom p kedai I banje. Hehe 

Kuang asam tak bini abg ni. Ampun noo.
Tapi nak wat camna. Abang masak sambal udang ja tapi alatan yang diguna macam masak kenduri 10 orang. And alatan tu, cheq ni hak basuh bang. Huk penat. (Kalau hari bekerja).




Sunday, August 02, 2015

.

Tak ada orang faham pun perasaan bila terpaksa letakkan anak jauh dari pandangan.

Sesungguhnya. Ini yang terbaik untuk dia. 

She is my happiness. 

Apa salahnya kalau aku share happiness ni dengan orang lain yang sayangkan dia,  betul tak.

Kalau dia boleh buat orang tersayang aku yang lain senyum gembira, apa salahnya kan.

Pengorbanan aku & tangisan rindu apalah sangat nak dibandingkan dengan kesihatannya yang alhamdulilllah, makan minum & pakaiannya yang terjaga. Alhamdulillah. Terima kasih atas pinjaman ini ya Allah.

Sesungguhnya Kau lebih tahu yang terbaik buat kami.

Ibu harap, kalau ibu dah tak ada nanti doa ibu akan iringi Dena sepanjang hayat Dena. Ibu sayang Dena dunia akhirat.

Semoga sentiasa dalam lindungan, rahmat & kasih sayang Nya.

Baik-baik ya sayang.

.

Banyak nak cite.

Tapi malas.

Malas semua benda.

Rasa nak amik rotan lepastu rotan bontot sendiri. Lepastu bebel:

Woi apa pemalas sangat ni.

Bila hang nak berubah wei.

Sunday, July 26, 2015

Monday

Sampai office awal dari biasa. 

Biasanya lambat dari sepatutnya.

Hee

Sakit kepala di pagi hari.

Perut kenyang makan mee goreng yang goreng semalam. Panaskan saja dan spoon-fed dalam kereta.


Dah rindu anakanda. Pagi tadi pukul 6am dia dah chipchip talking in her languange.

Ni video semalam, tak tahu mana dia korek handbag mak yang dah lama archive tu.