Wednesday, July 22, 2015

So.

So. Here we go.

Apa khabar?

Aku - sehat alhamdulillah. Hujung 20-an ni biasa lah tu sakit atau lenguh pinggang sekali sekala. Cepat penat kadang-kadang especially bulan puasa aritu. Flat habis ko malam-malam tu. Kui kui.

Kucai - Alhamdulillah sehat. Sama macam aku lah bab lenguh belakang tu. Macam pasangan angkat berat tak kami? Sama-sama lenguh belakang. Haha

Dena - Alhamdulillah segala puji bagi Allah dia sehat walafiat. Last 2 weeks aja lah ada demam batuk selsema sikit. Combo sampai mak dia homesick habis dalam flight pun teriak tak sangga kau.

Lagi? Nak cerita apa ni?

Hmm skg jam 11.41pm. Esok start keja dah after my long 5 days raya break. Dont know what to expect. Kerja kat sana cuma separuh hati aku ja skg. Bukan pasal gaji atau bonus. Last month bonus syukur ya Allah aku punya much better daripada orang lain. Tahun sebelum ni average bonus dalam 4-5 bulan. Tahun ni awal-awal lagi boss dah bagitahu bonus paling teruk sepanjang service bank juga. Haruslah banyak faktornya. So semua orang dah standby sebab average dalam 1-2 bulan saja, average katanya. Bila tiba big day tu, aku terkejut jugak aku punya 3.8 bulan mcmtu. Almost semua orang 1 bulan ja. yg tinggi sikit 2 bulan. Yang sama ada la sorang dua. Kalau boss aku yang bagi rating tinggi ni kat aku, Allah sajalah dapat balas. Apapun ini rezeki dari Allah. Rezeki Dena. Increment pun ada. Banyak  jugaklah bagi aku. Alhamdulillah. Aku sebenarnya selesa dengan income aku walau cuma kecil amountnya kalo nak compare to orang lain. Aku selesa dengan boss & staff & environtment & benefits & flexibility. Alhamdulillah. Cuma aku ada 2 benda ja yang buat aku stuck sangat. 1st, aku dah bosan dgn benda aku buat. Same thing every year. Bukan aku nak berlagak, tapi aku rasa aku mampu buat lebih drp task or role aku skg. Dah dua kali aku gtau supervisor aku nak try something else. At the end dia wat dono je. Why please. Hope aku ada kekuatan nak tanya dia suatu hari nanti. Aku bosan ok. Nak buat benda lain! 2nd, faktor geografi. Jauh weh dari unah aku. Sejak kahwin aku ulang alik subang perdana ni ke KL. Hari-hari naik kerete ke LRT KJ pastu jalan g Monorel Bukit Nanas pastu transit dari situ ke Monorel Raja Chulan. Paling awal kalau semua traffic ok & LRT/Monorel tak ada masalah & superfast, 45-50 minit dah boleh sampai. Tapi selalunya 1 hr plus kalau plus dgn masa bertolak dari rumah. lagi-lagi kalo jam, mono & lrt ada prob. Memang sejam lebih atau lebih. Atas faktor umor yang dah tua ni aku dah penat weh. Penat lah asyik sampai rumah lepas pukul 7pm everyday. Tu kalau aku bawa kete sndiri pegi/balik dari LRT KJ. Kalo laki aku bawa kete ada chance jugak sampai umah almost or bfore 7pm. Aku tetap penat. Aku nak umah aku sebelah office ja. Boleh tak?? Hahaha gila demand. Apapun aku tetap bersyukur. Sebenarnya bukan penat yang jadi masalah. Sehingga hari ini aku masih PJJ dengan anak. Kalau aku nak dia duk skali semula aku nak sangat at least amik dia lebih awal lepas balik kerja or tak tinggal dia awal sangat to nursery before left to work. Aku tak sampai hati. Aku pentingkan sangat masa yang boleh spend dengan dia. Aku nak yang terbaik untuk dia. Aku nak orang lain jaga dia boleh focus macam aku jaga dia. Maka, selagi aku kerja kat KL yang gila tu aku hanya mampu bertahan & berdoa semoga Allah permudahkan urusan kami anak beranak. Amin.

Hah kan dah panjang lebor kalau sentuh bab kerja. Siapa suruh update?

Hahaha. Ok esok aku nak merapu benda lain pulak.

Da.

No comments: