Sunday, August 09, 2015

Laki aku suweet



Tada. Masak-masak harini.

Ketam masak kari tu memang laki aku yang buat. Kalau ada ketam je memang atas ketam ada nama dia untuk in charge. Muahaha. Sebab den xreti siang ketam & ketuk2 bagai. Makan dia den terror. 

The rest mestilah aii masak. Biasalah yang simple ala pejam mata ko je. So saja harini nak tulis pasal bila suami kesayangan masak. Semoga satu hari nanti bila dah tua bangat and baca semula cerita ni akan tersenyum sampai nampak gigi yang dah luruh dek umur (andai dipanjangkan umur). Hehe. InsyaAllah

Actually bila laki kita masak kita ni sebenarnya rasa suweeet sangat kau. Apatah lagi bila kita share status kat facebook macamni:

Pergh memang penuj duk like lepastu duk cakap laki aku suweet ala gula kapas gitu. Muahaha

Meh akak nak cerita sikit bila laki akak masak. Rasa apa? Bahagia ada jugak. Selain tu ada rasa berbulu-bulu-bulu dan geram je kan. Eh why?

Laki tengah masak. Aku basuh pinggan bekas periuk dalam sinki so faham-faham je tangan comot dengan sabun. Tapi laki aku dia bila masak dia rasa dia chef yang akulah helper nya tau. Tengah-tengah aku basuh pinggan dia bukan main lagi:

"amikkan senduk tu jap"

"amikkan bekas tu jap"

"mana penutup ni eh"

"mana lesung batu?"

Haha. Sabarkan dan layankan saja. Berbulu-bulu-bulu tak?

Actually yang tu macam boleh tahan lagi. At least kalau aku dah tahap takleh blah annoying dgn dia aku duk depan tv je. Tak hendaklah jadi assistance dia. Kita tengah kupas bawang pun dia boleh bising suruh carikan penutup periuk. Semua benda tak jumpa. Macam besaq sgt ja dapuq bujang cheq tu.

Tapi yang tak leh tahan lepas dia masak tu. Walaupun masak sejenis lauk saja dia rasa lepas masak tu dia puas hati bangat dan perlukan rehat secukupnya. Maka pinggan bekas yang dipakai dalam proses memasak tadi cheq la yang basuh. Hak ni cheq nak nangis. Hahaha. Mula-mula geram jugak tapi amik hak positif ja. Dia lelaki yang jarang duk dapuq so jangan nak harap sgt dia buat kerja2 pompuan ni. Dia dah masak pun kira baguih dah tu. Hehe

Kesimpulannya kadang-kadang bila dia request nak masak cheq habaq kat dia: eh xyahla bang. Jom p kedai I banje. Hehe 

Kuang asam tak bini abg ni. Ampun noo.
Tapi nak wat camna. Abang masak sambal udang ja tapi alatan yang diguna macam masak kenduri 10 orang. And alatan tu, cheq ni hak basuh bang. Huk penat. (Kalau hari bekerja).




No comments: